Tidak perlu MEMBUANG MASA dan MEMBAZIR WANG yang banyak untuk memiliki sebuah laman web dilengkapi sistem khas kereta sewa.

TIDAK PERLUKAN KEPAKARAN dalam komputer untuk mengurus sistem ini.

PLATFORM yang MEMBANTU RAMAI PENGUSAHA kereta sewa untuk membuat pemasaran dalam internet.

TIDAK PERLU KEMAHIRAN dalam PROGRAMMING.











Siapa saya ?
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, saya Rauzan bin Juhan berpengalaman dalam membina laman web dan sistem online dari sejak 2005. Awalannya saya hanya menyertai kerja pasukan dari luar negara yang hanya berurusan melalui online sahaja. Sebabkan saya tidak ada mempunyai latarbelakang pelajaran dalam programmer saya terpaksa belajar sendiri dan merujuk pada rakan-rakan. Sehinggalah pada tahun 2010 saya banyak menghasilkan website dan sistem online dan dijual pada satu laman web khas jual beli website dan sistem online.

Kemahiran khas saya lebih kepada PHP, MySQL database, javascript, flash dan beberapa bahasa programmer lagi. Dengan ini membolehkan saya membina laman web mengikut citarasa pelanggan, dari hanya lakaran gambar saya boleh wujudkan ia menjadi satu bentuk website dan sistem online, dari satu imginasi menjadi satu yang nyata.

Website dan sistem online yang pernah saya bina seperti laman web syarikat, ecommerce (kedai online), web korporat, jabatan kerajaan, kelab, keahlian(membership), web periklanan, permainan (game online), aplikasi mobile android dan iOS.

Salah satu syarikat gergasi yang telah menggunakan perkhidmatan saya iaitu Green Matrix Car Rental sdn. bhd (GM). Sebelum wujudnya website GMCR sebelum ini syarikat GM menggunakan asas web WSCR.


Saya juga pernah dijemput untuk memperkenalkan produk Web Sistem Car Rental ini pada Seminar Bisnes Kereta Sewa pada 20 Disember 2014 bertempat The Everly Hotel Putrajaya.
Apa Itu Web System Car Rental (WSCR) ?
Sebuah laman web yang dilengkapi sistem tempahan kereta sewa, dengan adanya sistem ini dapat memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan dan dengan ada laman web ini juga dapat memudahkan pelanggan menghubungi pengusaha kereta sewa kerana perincian pengusaha akan tertera di laman web seperti email, alamat, no telefon dan lain-lain.

Sistem tempahan pada sistem WSCR ini sangat membantu pengusaha kerana proses yang dilakukan mengikut proses standard yang dilakukan oleh kebanyakkan pengusaha kereta sewa.

Langkah proses tempahan :

1. Pelanggan perlu pilih kereta yang ingin disewa, tetapkan tarikh,masa dan lokasi sewaan, kemudian pelanggan perlu isi butir diri seperti nama penuh , mykad , email dan lain-lain (Nilai sewaan tertera).

2. Selepas pelanggan hantar tempahan, admin(pengusaha yang tetapkan emailnya pada ruang admin panel) akan terima "notifaication" bentuk email untuk memberitahu pihak terdapat tempahan.

3. Admin hanya perlu semak tempahan tersebut sekiranya tempahan meragukan admin boleh abaikan, sekiranya admin setuju untuk teruskan admin boleh luluskan tempahan tersebut dan akan keluarkan Invois bentuk email kepada pelanggan.

4. Melalui Invois bentuk email tersebut pelanggan akan mengikut arahan untuk pembayaran mengikut nilai dinyatakan didalam Invois.

5. Sekiranya pelanggan telah membuat pembayaran mengikut pilihan jenis pembayaran , admin bolehlah semak pada bank untuk pastikan pembayaran betul telah dibuat.

6. Sekiranya pembayaran telah selesai dibuat oleh pelanggan, admin bolehlah keluarkan email pada pelanggan untuk memberitahu pembayarannya telah diterima dan tempahannya sudah ditetapkan pada status "Confirm"

7. Admin dan pelanggan hanya tunggu hari yang ditetapkan pelanggan untuk penghantaran kereta dan pengambilan semula kereta.
Bagaimana Web System Car Rental Membantu Anda ?
Para pengusaha tidak lagi perlu bersusah payah mencari programmer untuk membangunkan laman web yang mungkin memakan belanja beribu ringgit malahan ada pengusaha yang ditipu oleh programmer. Cuba anda bayangkan normal untuk membina laman web yang dilengkapi sistem kereta sewa ini anggaran harga sekitar RM1500 paling murah, jika anda gunakan WSCR budget RM1000 sahaja dan baki RM500 boleh anda gunakan untuk kos periklanan bukan.

Kebanyakkan pengusaha mahukan sistem sahaja tetapi tentang urusan domain dan Web Hosting bagi pengusaha agak melecehkan, oleh itu saya dapat lihat 1 peluang untuk MENJIMATKAN kos para pengusaha dengan cara saya tetapkan 1 webhosting kongsi 5 pengusaha , maksudnya ada 5 website didalam 1 webhosting tersebut. Saya telah semak web hosting tersebut TIDAK menjadi beban dan perlahan ia stabil seperti biasa. Dengan cara ini para pengusaha hanya perlu bayar tahunan RM65 sahaja iaitu perbaharui Domain dan Kongsi Web Hosting, 1 nilai yang sangat murah untuk 1 tahun bukan.

Sistem WSCR ini dilengkapi Content Manegement System (CMS) pada ruang admin panel , melalui ruangan itu admin (pengusaha) boleh menukar isian, warna tema, logo, gambar atas, harga kereta, gambar kereta dan lain-lain lagi pada ruang paparan untuk pelawat/pelanggan. Dengan CMS ini juga membolehkan pengusaha menyimpan data pelanggan seperti nama,email dan no. telefon, selain itu segala rekod tempahan pada ruang admin panel tersebut.